Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 19 Oktober. - Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan Kempen Derma Darah pada Selasa, 20 Oktober 2026, pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang, di OneCity Shopping Centre, Kampung Sungai Hanching anjuran Gong cha.
Manakala pada Rabu, 21 Oktober 2026, pukul 9.00 pagi hinga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang di Tingkat 8, Baiduri Community Space, Ibu Pejabat Bank Baiduri, Jalan Gadong, Bandar Seri Begawan
Sementara pada Khamis, 22 Oktober 2026, pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang di OneCity Shopping Centre, Kampung Sungai Hanching anjuran Focus Point.
Oleh itu, orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen berkenaan dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.
Orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk menderma darah pada hari-hari bekerja bermula pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 4.00 petang.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi Kempen Derma Darah adalah sangat digalakkan.