Oleh : Khartini Hamir
Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohammad Hasif Matzin
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 19 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam (NBD) yang baru dilantik dan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing ke NBD yang baharu.
Berangkat sama ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Dato Seri Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Sheikh Abdul Mahdani bin Dato Paduka Sheikh Haji Abdul Gani.
Baginda seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing yang menetap ke NBD, iaitu Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke NBD, Tuan Yang Terutama Chen Shaochun; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke NBD, Puan Yang Terutama Do Thuy Duong; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke NBD, Tuan Yang Terutama Soe Thet Naung; dan Pesuruhjaya Tinggi British ke NBD, Puan Yang Terutama Melanie Barlow.
Kebawah DYMM kemudian berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada 20 Ketua Perwakilan Asing yang tidak menetap ke NBD, iaitu Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Paraguay ke NBD, Tuan Yang Terutama Mario Masuyuki Toyotoshi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Tunisia ke NBD, Tuan Yang Terutama Mohamed Trabelsi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Bulgaria ke NBD, Puan Yang Terutama Tanya Dimitrova; Pesuruhjaya Tinggi Republik Cuba ke NBD, Puan Yang Terutama Yadira Ledesma Hernandez; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Algeria ke NBD, Tuan Yang Terutama Abdelouahab Osmane.
Seterusnya Kebawah DYMM berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing yang tidak menetap ke NBD dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Arab Mesir ke NBD, Tuan Yang Terutama Karim Mohamed Elsadat Abdelkarim Abdelkhalek; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Uzbekistan ke NBD, Tuan Yang Terutama Dr. Karomidin Gadoev; Pesuruhjaya Tinggi Republik Maldives ke NBD, Puan Yang Terutama Dr. Mariyam Shabeena Ahmed; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Brazil ke NBD, Puan Yang Terutama Daniella Ortega de Paiva Menezes; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Hasyimiyah Jordan ke NBD, Tuan Yang Terutama Sudqi Al-Omoush.
Turut menyerahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing yang tidak menetap ke NBD ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Angola ke NBD, Tuan Yang Terutama Floréncio de Conceiçāo e Almeida; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Georgia ke NBD, Tuan Yang Terutama Irakli Asashvili; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Austria ke NBD, Tuan Yang Terutama Gerhard Eisl; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Niger ke NBD, Tuan Yang Terutama Zada Seidou; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Armenia ke NBD, Tuan Yang Terutama Serob Bejanyan; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Panama ke NBD, Tuan Yang Terutama Sebastián Breton Pérez; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Serbia ke NBD, Puan Yang Terutama Ivana Golubović-Duboka; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Norway ke NBD, Puan Yang Terutama Marianne Fosland; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Czech ke NBD, Tuan Yang Terutama Petr Kopřiva; dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Rwanda ke NBD, Tuan Yang Terutama Innocent Bagamba Muhizi.
Sejurus selesai majlis-majlis berkenaan, Kebawah DYMM kemudian berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan NBD yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke NBD yang baharu.
Turut hadir pada majlis-majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang), Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah DYMM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hamiddon bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Awang Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd. Taib; dan Pemangku Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, selaku Pemangku Grand Chamberlain.
Majlis berkenaan berlangsung di Istana Nurul Iman.