Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
REPUBLIK SINGAPURA, Isnin, 28 September. – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berangkat tiba di Republik Singapura bagi Program Pemimpin-pemimpin Muda (YLP) Singapore-Brunei Ke-12 yang diadakan bermula 28 September hingga 2 Oktober 2026.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Republik Singapura dijunjung oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad, selaku Menteri Pengiring Singapura dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat.
Juga berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Puan Yang Terutama Noor Qamar binti Haji Sulaiman.