Siaran Akhbar dan Foto : Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bengkurong
BENGKURONG, Ahad, 4 Oktober. - Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bengkurong telah mengadakan Acara Senamrobik bersempena Sambutan Ulang Tahun Masjid Kampung Bengkurong Ke-40 yang berlangsung di kawasan letak kereta masjid berkenaan, hari ini.
Hadir menyertai aktiviti berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pandu Sambutan Ulang Tahun Masjid Kampung Bengkurong Ke-40, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani bin Haji Ibrahim.
Seramai lebih kurang 100 orang terdiri dari Ahli-ahli Jawatankuasa sambutan, para jemaah dan Muslimah serta penduduk - penduduk Kampung Bengkurong, Sinarubai dan Burong Lepas menyertai acara tersebut. Acara Senamrobik berkenaan dikendalikan oleh tiga jurulatih dari Victorious Health and Fitness Centre.
Masjid Kampung Bengkurong telah menjangkau usianya Ke-40 tahun pada 8 Rejab 1448 Hijrah bersamaan 18 Disember 2026 Masihi. Satu Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa Kerja Sambutan Ulang Tahun telah dibentuk untuk merancang dan menyusun aktiviti berupa keagamaan, kemasyarakatan, kerohanian dan kesukanan sempena sambutan berkenaan.