Siaran Akhbar dan Foto : DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Ogos. – Awang Mohammad Erwan Shah bin Haji Tengah, Awang Mohammad Arif Syafiq bin Haji Rosaimi, Awang Danish Irfan bin Riwi dan Awang Muhammad Syafen Auta bin Mainor Azizi berjaya memasuki Top 16 apabila memperoleh kedudukan empat teratas dalam sesi kelayakan pertama perlawanan Beyblade x 3 on 3 terbuka sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80, Tahun 2026 yang diadakan di Teratak DBos, Kampung Mengkubau.
Sesi kelayakan berkenaan terbahagi kepada empat bahagian dan setiap sesi mencari empat pemenang untuk diserapkan ke Top 16 sebelum mereka berentap di kejohanan akhir nanti.
Antara tujuan utama kejohanan berkenaan diadakan adalah untuk mencari pemain terbaik Beyblade bagi 2026 di samping mengenal pasti kemahiran para pemain Beyblade di negara ini.