Eratkan silaturahim melalui Perlawanan Badminton Persahabatan

27 Jul 2026 - 6:08am

Siaran Akhbar dan Foto : Badminton Veteran Bengkurong Community

LAWAS, SARAWAK, Ahad, 26 Julai. - Pasukan Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) telah mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan dengan gabungan pemain-pemain veteran Lawas baru-baru ini, bertempat di Dewan Top Sport, Lawas, Sarawak.

Perlawanan berkenaan diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim antara kedua-dua pasukan.

Acara juga diselajurkan dengan pertukaran cenderamata yang disampaikan oleh kedua-dua pengurus pasukan, iaitu Awang Haji Mohd. Alidin bin Haji Kura daripada pihak BVBC, manakala Reni binti Nawi daripada pihak veteran Lawas.