Oleh : Srinarawie Bidzah
Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 Ke-23
GLASGOW, SCOTLAND, Isnin, 27 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC), berkenan berangkat menyaksikan atlet angkat berat Negara Brunei Darussalam (NBD), iaitu Awang Mohammad Nashrul bin Haji Abu Bakar, bertanding dalam acara Men's 65kg (Akhir).
Acara berkenaan berlangsung di SEC Armadillo, pada Sukan Komanwel Ke-23 di Glasgow, Scotland.
Pada pertandingan berkenaan, atlet angkat berat negara berjaya mengutip sebanyak 110 mata bagi Kategori Snatch; manakala Kategori Clean & Jerk sebanyak 143 mata dengan jumlah seluruhan 253 mata.
Dengan kutipan berkenaan, Awang Mohammad Nashrul berada di kedudukan keenam daripada sembilan pesaing.