Atlet Wushu catat prestasi baik

22 Og 2026 - 8:25am

Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali

Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII 2026

 

SELANGOR, MALAYSIA, Jumaat, 21 Ogos. - Atlet Wushu Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) mencatatkan prestasi yang baik dalam acara Wushu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berlangsung di Ideal Convention Centre, Shah Alam.

Dalam acara Men’s Taijiquan, wakil Kontinjen NBD, Chu Ching Hwa mencatat markah 9.186, menempatkan beliau di kedudukan yang ke kedua belas dari tujuh belas peserta.

Sementara itu, dalam Acara Men’s Nangun, Abel Lim Wee Yuan mencatat markah 9.523 mendudukkan beliau di tangga keempat dari sembilan belas penyertaan. Manakala dalam Acara Men’s Changquan, Walid Lachkar meraih markah 9.150 dengan kedudukan yang ke-20 dari 24 penyertaan.