Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji AliFoto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 Ke-23
GLASGOW, SCOTLAND, Isnin, 27 Julai. - Atlet renang Negara Brunei Darussalam (NBD), Dayang Sharmeen binti Mohamad Mharvin dan Joel Ling Thai Yu meneruskan saingan pada temasya Sukan Komanwel 2026 yang berlangsung di Tollcross International Swimming Centre, Glasgow, baru-baru ini.
Dalam Acara Womens 50m Backstroke (Heat 3/6), Dayang Sharmeen mencatatkan masa 30.63 saat, sedikit di belakang rekod kebangsaan miliknya iaitu 30.48 saat. Catatan tersebut juga tidak berjaya mengatasi rekod peribadinya, sekali gus menyaksikan Dayang Sharmeen menamatkan saingan di kedudukan keseluruhan ke-23 daripada 40 peserta dan gagal mara ke suku akhir.
Sementara itu, dalam Acara Mens 100m Freestyle (Heat 4/9), Joel Ling Thai Yu merekodkan masa 53.69 saat. Catatan itu masih belum dapat mengatasi rekod kebangsaan yang dipegangnya iaitu 52.72 saat. Joel menamatkan saingan di kedudukan keseluruhan ke-48 daripada 67 peserta, sekali gus gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Walaupun tidak berjaya meneruskan cabaran, penyertaan kedua-dua atlet tetap memberikan pendedahan berharga di pentas antarabangsa sebagai persiapan menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang.