Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali
Foto : Ihsan Urus Setia kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII 2026
SELANGOR, MALAYSIA, Jumaat, 21 Ogos. - Atlet Renang Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) meneruskan lagi saingan dalam Acara 200 Meter Kuak Lentang Lelaki yang berlangsung di Pusat Akuatik Darul Ehsan.
Dalam acara tersebut, kedua atlet Kontinjen NBD, Joel Ling Thai Yu dan Danniel Zhi Zhen Chan bersaing di peringkat akhir dan Joel Ling Thai Yu mencatat masa 2:09.49 saat sekali gus menjadikannya pemenang pingat gangsa.
Manakala Danniel Zhi Zhen Chan mencatat masa 2:13.00 saat menduduki tempat ke enam. Pingat emas dimenangi wakil Selangor dengan catatan 2:07.81 saat.