Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah kembali ke rahmatullah

7 Okt 2026 - 1:47pm

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Oktober. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka dengan ini Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, iaitu isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah kembali ke rahmatullah pada Selasa, 24 Rabiulakhir 1448 bersamaan 6 Oktober 2026, pukul 5.43 petang.

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya, maka bendera Negara Brunei Darussalam yang lazimnya dinaikkan, hendaklah diturunkan kepada satu per empat tiang selama satu hari, pada Rabu, 25 Rabiulakhir 1448 bersamaan 7 Oktober 2026.