Siaran Akhbar dan Foto : Majlis Perundingan Mukim Serasa
SERASA, Ahad, 4 Oktober. - Majlis Perundingan Mukim Serasa dengan kerjasama Komunal Peladang Bukit Tempayan Pisang mengadakan Kempen Gotong-Royong Membersihkan Taman Riadah Bukit Tempayan Pisang, hari ini.
Hadir pada acara tersebut ialah Penghulu Mukim Serasa, Awang Saiful Adli bin Ali Hassan, Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Serasa dan ahli-ahli Komunal Peladang Bukit Tempayan Pisang.
Program ini diadakan bagi sama-sama memupuk semangat bergotong-royong, mengeratkan silaturahim serta menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan riadah untuk manfaat masyarakat setempat.
Selain itu, program ini juga untuk memupuk semangat menjaga kebersihan, demi kesejahteraan komuniti sekali gus mempereratkan lagi perpaduan Majlis Perundingan Mukim Serasa dalam sama-sama memangkin keharmonian.