Siaran Akbar dan Foto : Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Oktober. - Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Hadir pada majlis tersebut yang diadakan di Kubah Makam Diraja ialah Timbalan Pengetua Akademik, Awang Mohd. Zulhisham Shah bin Haji Napiah, 23 orang guru Maktab SOAS dan 200 pelajar dari Tahun 9 dan Tahun 10.
Majlis ini bersempena dengan memperingati Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Jubli Intan 75 Tahun Penubuhan Maktab SOAS.
Adapun objektif diadakan adalah untuk mengenang Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien atas jasa dan bakti baginda dalam membawa transformasi dalam bidang pendidikan serta melakar satu lagi lembaran bersejarah dalam perjalanan Pendidikan Maktab SOAS sempena genapnya 75 tahun penubuhan maktab berkenaan pada 2 Oktober 2026.