Gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri ditarik balik

8 Og 2026 - 7:00am

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Ogos. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Pemangku Grand Chamberlain, Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, memaklumkan bahawasanya gelaran 'Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri' yang dikurniakan kepada Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, iaitu isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, adalah dengan ini ditarik balik dengan serta-merta.

Ini disebabkan kelakuan-kelakuannya yang tidak melayakkan sebagai pasangan kerabat diraja serta mencemarkan nama baik dan tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja.