Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Oktober. - Bagi memohon keberkatan dan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala serta menyokong persediaan menyeluruh dalam menghadapi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat, Bacaan Surah Yaa Siin dan Ceramah Motivasi bagi pelajar Sanah 6 bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara pada pagi tadi.
Majlis yang turut dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga para pelajar Sanah 6 berkenaan dimulakan dengan Sembahyang Hajat secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Menghadapi Peperiksaan.
Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.
Peperiksaan PSR bagi pelajar Tahun 6 seluruh negara dijadualkan bermula pada Khamis, 8 Oktober 2026.