Berkenan menerima mengadap

5 Nov 2026 - 8:08am

Oleh : Rohani Haji Abdul HamidFoto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Janbaz Khan yang akan menamatkan perkhidmatan.

Tuan Yang Terutama Janbaz Khan telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 April 2025.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.