Perutusan tahniah sempena Ulang Tahun Ke-77 Pengasasan Republik Rakyat China

1 Okt 2026 - 7:56am

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Oktober. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping, dan Premier of the State Council Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Qiang, serta kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China bersempena dengan Ulang Tahun Ke-77 Pengasasan Republik Rakyat China.