Amalkan gaya hidup sihat melalui sukan badminton

25 Og 2026 - 7:01am

Siaran Akhbar dan Foto : Ihsan Muhammad Kadilah Haji Simat

 

TANAH JAMBU, Isnin, 24 Ogos. - RallyShot X PowerSmash sekali lagi membuka tirai Kejohanan Badminton Bergu Lelaki berlangsung di Dewan RallyShot Tanah Jambu dengan sokongan dan sumbangan daripada Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam, Aminah Arif dan PowerSmash. Seramai 44 pemain yang telah menyertai kejohanan badminton tersebut.

Kumpulan Infomix terdiri daripada Md. Akmal Firdaus bin Md. Ali dan Mohd. Sharun bin Mohamadiah raih juara bagi kejohanan tersebut. Sementara, naib juara disandang oleh Mohd. Husaini bin Haji Masri dan Haji Awang Md. Azim Alishah bin Haji Awang Md Yusof.

Adapun tujuan kejohanan ini adalah untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif, selain itu mengeratkan silaturahim serta mengembangkan sukan melalui badminton.