MOSCOW, 2 Ogos. - Amerika Syarikat (AS) akan menjadikan deposit visa sehingga USD20,000 sebagai syarat tetap bagi warganegara dari 50 negara, menurut notis Jabatan Negara AS, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada Ogos 2025, AS melancarkan program perintis yang mewajibkan deposit visa antara USD5,000 hingga USD15,000 bagi setiap pemohon sebagai jaminan untuk meninggalkan wilayah AS.
Program itu pada peringkat awal melibatkan 50 negara, termasuk 30 negara di Afrika.
"Peraturan ini memuktamadkan peraturan sementara yang mula berkuat kuasa pada 20 Ogos 2025 dan mewujudkan program bon visa secara kekal. Pegawai konsular boleh menghendaki pemohon visa bukan pendatang yang terlibat mengemukakan bon sehingga USD20,000 sebagai syarat pengeluaran visa," menurut notis Jabatan Negara AS.
Deposit itu boleh dikenakan ke atas permohonan visa B-1 dan B-2 yang dikeluarkan bagi tujuan perniagaan atau pelancongan.
Keputusan itu akan berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026, iaitu tarikh penerbitannya dalam Daftar Persekutuan AS. - ©BERNAMA