Republik India meterai perjanjian pajakan US$203 juta bagi sistem pesawat kawalan jauh

19 Og 2026 - 10:44am

NEW DELHI, 18 Ogos. - Republik India pada Isnin memaklumkan negara itu menandatangani kontrak bernilai US$203 juta dengan General Atomics Aeronautical Systems untuk memajak dua sistem pesawat kawalan jauh MQ-9B Sea Guardian berkeupayaan operasi altitud tinggi dan berdaya tahan lama bagi kegunaan Tentera Laut India selama 30 bulan, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, dua dron MQ-9B Sea Guardian yang dilengkapi sistem canggih, sensor terkini dan muatan berteknologi tinggi akan meningkatkan keupayaan Kesedaran Domain Maritim Tentera Laut India dengan ketara.

Sistem berkenaan akan menyediakan liputan risikan, pengawasan dan tinjauan secara berterusan di kawasan maritim yang luas, sekali gus memperkukuh keupayaan Republik India untuk memantau dan bertindak balas terhadap perkembangan di seluruh rantau Lautan Hindi, menurut kementerian. - ©BERNAMA