CHIBA (Jepun), 27 Ogos. - Sebuah jet kargo milik AeroLogic dari Republik Persekutuan Jerman melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Narita berhampiran Tokyo pada Khamis susulan masalah pada sistem hidrauliknya, menurut Kementerian Pengangkutan, lapor Kyodo News.
Pesawat Boeing 777 yang membawa tiga kru itu sedang dalam penerbangan dari Leipzig ke Narita, dan tiada kecederaan dilaporkan.
Selepas melakukan pendaratan cemas kira-kira 7.40 pagi, pesawat berkenaan berhenti di landasan sebelum ditunda keluar. Landasan itu ditutup selama kira-kira 30 minit. - ©BERNAMA