MOSCOW, 11 Ogos. - Kesatuan Eropah (EU) akan menggerakkan perkhidmatan satelit Copernicus bagi membantu Colombia dalam operasi menyelamat susulan gempa bumi kuat, kata Ketua Dasar Luar EU Kaja Kallas pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"EU telah menggerakkan Copernicus, iaitu perkhidmatan satelit kami, bagi menyokong operasi menyelamat dan bantuan. Kami turut menyediakan dana untuk menyokong usaha tindak balas, termasuk menerusi Palang Merah," kata Kallas menerusi platform media sosial X.
Brussels juga telah mengaktifkan mekanisme bantuan konsular krisis bagi menyokong warga EU yang terjejas akibat bencana itu, kata Kallas.
Gempa bumi berkekuatan 7.4 pada skala Richter itu melanda pada Isnin pagi. Pusat gempa dikesan berhampiran perbandaran San Jose del Palmar di Wilayah Choco.
Gegaran dirasai di sebahagian besar Colombia serta negara jiran. Setakat ini, angka korban telah mencecah 132 orang, manakala lebih 570 yang lain cedera. - ©BERNAMA