WARSAW, 23 Ogos. - Pihak berkuasa Poland menemukan lebih empat tan ikan mati di anak sungai Sungai Oder sejak beberapa hari lepas dalam krisis alam sekitar yang mengimbas kembali kematian ikan di rantau itu pada 2022, lapor Agensi Akhbar Jerman (DPA).
Kejadian berlaku di sebahagian Terusan Gliwice, kata jurucakap pihak berkuasa air tempatan kepada stesen radio Tok.fm.
Pihak berkuasa berkata ikan mati akibat alga emas toksik. Peronda air dan darat kerap memantau keadaan dan bangkai ikan sedang dikeluarkan daripada bahagian terusan yang terjejas.
Dua kunci terusan juga tidak beroperasi buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak untuk mengelakkan alga itu merebak ke bahagian lain saluran.
Jika usaha itu tidak berjaya, pihak berkuasa air sedang mempertimbangkan pelepasan terkawal hidrogen peroksida untuk memusnahkan alga. - ©BERNAMA