''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
"SEMBAHYANG fardu lima waktu, Sembahyang Jumaat ke Jumaat berikutnya dan Ramadan ke Ramadan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan antara masa tersebut seandainya dosa-dosa besar dijauhkannya".
- Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, riwayat Muslim dari Abu Hurairah Radiallahuanhu.
DI Muzium Maritim Brunei Darussalam terdapat tiga galeri iaitu Galeri Kapal Karam Brunei, Galeri Kegemilangan Maritim Brunei dan Galeri Tapak Warisan Arkeologi. Salah satunya iaitu Galeri Kapal Karam Brunei yang mana galeri ini mempamerkan penemuan Kapal Karam Brunei pada tahun 1997. Kapal Karam Brunei merupakan satu penemuan yang penting dalam sejarah maritim Negara Brunei Darussalam kerana ia menggambarkan peranan Brunei dalam perdagangan maritim dengan negara-negara luar pada akhir Abad Ke-15 sehingga awal Abad Ke-16 Masihi.
SUMBER : http://www.museums.gov.bn/.
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam