''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
"WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah dengan menjalankan perintah-Nya. Dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya. Kalau tidak maka is pada saat itu akan merayu dengan katanya : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang salih".
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam terjemahan makna ayat Surah Al-Munaafiquun, ayat 9-10.
TAMAN Mahkota Jubli Emas mempunyai keluasan 11 hektar. Antara objektif pembinaannya adalah untuk mengurangkan banjir di kawasan tadahan Sungai Kedayan. Taman tersebut mempunyai satu jeti yang dinamakan Jeti Darussalam, terletak di hujung teres dan dihubungkan terus ke pintu masuk Istana Darussalam, iaitu tempat orang ramai yang menggunakan pengangkutan air untuk turun dan naik ke kawasan taman berkenaan. la juga dijadikan sebagai warisan memperingati sejarah Istana Darussalam yang merupakan tempat kelahiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan tempat baginda dibesarkan.
SUMBER : Pelita Brunei
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam