''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
"DAN serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan ceruk rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaannya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin". - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj, ayat 27-28.
PERMULAAN pertandingan membaca Al-Quran diadakan di Masjid Kajang di Jalan Sultan (berhampiran dengan kubur Dang Ayang) dikelolakan oleh Jawatankuasa Masjid yang terdiri daripada pehin-pehin, pegawai masjid serta beberapa orang daripada jemaah-jemaah masjid. Tujuan utama pertandingan tersebut diadakan ialah untuk menyambut kedatangan Awal Tahun Hijrah dan pada awalnya pertandingan hanya terbuka kepada orang-orang dewasa laki-laki sahaja tetapi beberapa tahun kemudian barulah dibuka kepada orang-orang dewasa perempuan serta kanak-kanak lelaki dan perempuan.
SUMBER : Buku Ulang Tahun 10 Tahun Penubuhan IQRA.
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam