Manage PermissionsManage Permissions

Menyusur ke Kampung Mulaut

19/06/2015

‚ÄčOleh : Musa Mohidin / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

menyusur

knkDengan keluasan keseluruhan 681.03 hektar, Kampung Mulaut adalah salah sebuah dari 12 kampung yang terkandung di dalam Mukim Sengkurong.


Menurut Ketua Kampung Mulaut, Awang Haji Mohammad Jait bin Hitam @ Zaeed, kampung tersebut mempunyai 4,105 penduduk pada masa ini.


Sebahagian besar jumlah penduduknya yang bekerja adalah berkhidmat di sektor awam manakala selebihnya adalah sama ada menjalankan perniagaan sendiri atau berkhidmat dengan sektor swasta.


Dari segi aspek perusahaan swasta, Kampung Mulaut adalah tuan rumah bagi beberapa perniagaan kecil dan runcit seperti pembuatan keropok dan penanaman tebu (gelagah).


Menurut salah seorang warga Kampung Mulaut, sekolah yang paling awal dibina di situ ialah Sekolah Rendah Orang Kaya Setia Bakti.

RENCANA 200516 SABTU MENYUSUR KE KAMPUNG MULAUT 01BARISAN depan : Ketua Kampung Mulaut, Awang Haji Mohammad Jait bin Hitam @ Zaeed (tengah) bersama para Ahli Majlis Perundingan Kampung Mulaut
(kanan pertama
dan kedua dan juga di barisan belakang di sebelah kanan). Ketua rombongan Program Sua Muka, Pegawai Penerangan,
Awang Ali Termizzi bih Haji Ramlli / Ramli, selaku
Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan (barisan depan, dua dari kiri)
diiringi oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan
dan juga beberapa pelajar UBD yang sedang menjalani latihan amali di Jabatan Penerangan.


Ketika kawasan Kampung Mulaut baru dibangunkan dengan pembinaan jalan-jalan raya dan sekolah, apabila seseorang berdiri di atas bukit di situ dan melihat ke arah kawasan rata di bawahnya, orang berkenaan terlihat seolah-olah kawasan rata di bawah bukit diselimuti oleh laut.


Berasaskan pemandangan itulah yang menjadi ilham bagi menamakan kampung ini sebagai Kampung Mulaut.

RENCANA 200516 SABTU MENYUSUR KE KAMPUNG MULAUT 02HAJI Awang Mohammad Haji Timbang, berjaya mengharumkan nama kampung kerana beliau bukan saja penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara
(Southeast AsiaWriters' Award) bagi Kategori Sastera pada tahun 1997, tetapi beliau juga adalah pemenang Anugerah RTB 2010
bagi Penulisan Skrip Drama Radio pada tahun 2010.


Salah seorang warga Kampung Mulaut bernama Haji Awang Mohammad Haji Timbang, berjaya mengharumkan nama kampung kerana beliau bukan saja penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (Southeast Asia Writers' Award) bagi Kategori Sastera pada tahun 1997, tetapi beliau juga adalah pemenang Anugerah RTB 2010 bagi Penulisan Skrip Drama Radio pada tahun 2010.

RENCANA 200516 SABTU MENYUSUR KE KAMPUNG MULAUT 03LOKASI Kampung Mulaut dalam Mukim Sengkurong (Sumber : Buku Panduan Sempadan Mukim dan Kampung
Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam).


Di samping itu, Haji Awang Mohammad juga dinamakan sebagai Sasterawan Mukim Sengkurong pada tahun 2011.

RENCANA 200516 SABTU MENYUSUR KE KAMPUNG MULAUT 04AHLI Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Mulaut, iaitu Hajah Asmah binti Haji Talip (tengah).

RENCANA 200516 SABTU MENYUSUR KE KAMPUNG MULAUT 05

 

 

KAWASAN Kampung Mulaut (Sumber : Buku Panduan Sempadan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam).

Terdapat dua wanita yang menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Mulaut, iaitu Hajah Asmah Haji Talip dan Laminah Haji Mohammad.


Attachments