Manage PermissionsManage Permissions

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013: Lindungi hak masyarakat

21/06/2015

 

 

Soalan-soalan lazim dan jawapan berkenaan Isu-isu tertentu berkaitan dengan
Perintah Kanun Hukuman
Jenayah Syariah, 2013

rencana 220516 isnin lindungi hak masyarakat siri pertama 
SIRI PERTAMA

 

Hak-hak orang bukan Islam


1.1 Adakah hak-hak orang bukan Islam dilindungi di bawah Perintah ini?


Ugama Islam telah mengiktiraf hak-hak orang bukan Islam di dalam Al-Qur'an dan Hadith. Al-Qur'an telah mengumumkan:


''Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu, Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.'' (Surah Al-Mumtahanah: 8-9)


Begitu juga, Nabi (Sallallahu'AlaihiWasallam) telah memberi amaran kepada umat Islam daripada melakukan sebarang penindasan terhadap orang bukan Islam:


''Surely whosoever persecuted mu'ahad (a person protected by a covenant) or deprecate his right or took work from him beyond his capacity ar toak something from him with evil intentions, I shall be a complainant against him on the Day of Resurrection," (Narrated by Abu Daud and Baihaqi)


"Sesungguhnya barang siapa yang menganiaya mu'ahad (orang yang dilindungi oleh perjanjian) atau mencela haknya atau di luar kemampuannya atau mengambil kerja daripadanya mengambil sesuatu daripadanya dengan niat yang jahat, aku akan menjadi pengadu terhadapnya pada hari kiamat". (Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)


Bertepatan dengan kehendak/suruhan Shariah ini, hak-hak semua orang di Negara Brunei Darussalam adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang yang lain. Perintah ini tidak mengganggu hak-hak orang bukan Islam


1.2 Adakah Perintah ini terpakai kepada semua orang tanpa mengira apa ugamanya?


Perintah ini terpakai kepada semua orang di Negara Brunei Darussalam tanpa mengira kerakyatan atau ugama, kecuali jika telah diperuntukkan dengan nyata di dalam Perintah ini. Akan tetapi ada beberapa kesalahan yang hanya boleh dilakukan oleh orang Islam, seperti tidak menunaikan sembahyang Fardhu Jumaat atau kesalahan bagi perempuan Islam yang belum berkahwin lari dari jagaan ibu bapanya atau penjaganya tanpa sebab yang munasabah.


Begitu juga, ada beberapa kesalahan yang hanya terpakai kepada orang bukan Islam tertakluk kepada keadaan seperti kesalahan minum minuman yang memabukkan di tempat awam. Bagi orang bukan Islam, khalwat dan zina juga adalah suatu kesalahan jika dilakukan bersama orang Islam.


Kebanyakan kesalahan-kesalahan di dalam Perintah ini adalah terpakai kepada kedua-dua orang Islam dan bukan Islam seperti jenayah curi (sariqah), rompak (hirabah), bunuh, menyebabkan kecederaan dll.


1.3 Adakah hak-hak kanak-kanak, orang tua, wanita dan orang kurang upaya dilindungi di bawah Perintah ini?


Perintah ini menjaga dan melindungi hak-hak semua orang termasuklah hak-hak kanak-kanak, orang tua, wanita dan orang kurang upaya. Objektifnya/tujuannya adalah untuk memastikan semua orang di Negara Brunei Darussalam hidup dengan selesa dan diberi layanan yang sama rata.


2. Kebebasan berugama


2.1 Adakah orang-orang bukan Islam boleh mengamalkan ugama rnereka?


Perkara 3(1) Perlembagaan Brunei Darussalam mengiktiraf Islam sebagai Ugama Rasmi bagi Negara ini tetapi memberi jaminan kebebasan berugama kepada orang-orang bukan Islam dengan syarat ugama tersebut hendaklah diamalkan dalam keadaan aman dan sempurna. Pengenaan had ‘dalam keadaan aman dan sempurna' bukanlah bertujuan merendahkan kepentingan ugama-ugama lain, akan tetapi untuk memelihara dan menguatkan lagi konsep MIB. Kerana inilah perbuatan berdakwah atau mengembangkan ugama selain Islam kepada orang Islam atau orang yang tidak mempunyai ugama menjadi suatu kesalahan di bawah Perintah ini.


Tidak ada peruntukan di dalam Perintah ini yang menghalang orang bukan Islam daripada menganut kepercayaan mereka sesama mereka atau mengamalkan ugama mereka di tempattempat ibadat mereka. Terdapat beberapa buah rumah ibadat ugama lain seperti gereja dan kuil di negara ini. Krismas dan Tahun Baru Cina telah diisytiharkan sebagai cuti awam.


2.2 Adakah orang bukan Islam dibenarkan membawa masuk material atau kita-kitab ugama mereka?


Membawa masuk apa-apa bahan atau kitab adalah tertakluk kepada prosedur penapisan tertentu tanpa mengira mana-mana ugama.

 

 

 

 

Attachments