Manage PermissionsManage Permissions

Apa rahsia di sebalik nama 'Jaudong'

07/08/2015

‚ÄčOleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

menyusur

KAMPUNG Jerudong memiliki kawasan sebesar 32.9740 kilometer persegi tersenarai di bawah Mukim Sengkurong, mempunyai lebih 11,000 penduduk termasuk 400 knklebih warga emas dan 50 lebih anak yatim.

 

Sebanyak 23 buah kampung kecil yang termasuk di dalam Kampung Jerudong, iaitu Kampung Angor, Kampung Sungai Limau, Kampung Pancuran, Kampung Sungai Penipahan, Kampung Pulau Kubu, Kampung Pulau Mamut, Kampung Peninjau, Kampung Bukit Bunga, Kampung Bukit Kaboh, Kampung Bukit Seniwasa, Kampung Telaga Tabam, Kampung Temiang Lada, Kampung Kepayas Akar, Kampung Luahan, Kampung Mejawa, Kampung Durian Selangan, Kampung Tandueh Besar, Kampung Tandueh Kecil, Kampung Merasak, Kampung Menunggul, Kampung Siacang, Kampung Lampaki dan Kampung Siandang.

 

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai kampung ini, penulis telah berpeluang bertemu dengan Ketua Kampung Jerudong, Awang Haji Mohd. Rais bin Haji Ishak di kediamannya di Kampung Bukit Bunga.

 

Apabila ditanyakan mengenai asal usul nama Jerudong, Awang Haji Mohd. Rais mengukirkan senyuman dan terus bercerita dengan ringkas cerita orang tua-tua dulu yang mana pada mulanya Kampung Jerudong tidak mempunyai sebuah nama khusus sehinggalah nama Kampung Jerudong terjadi hasil daripada perjumpaan seorang lelaki dan seorang perempuan yang datang dari berlainan kawasan dan seterusnya memberi nama kampung berkenaan.

 

Menurutnya, si perempuanmembawa seekor kerbau peliharaannya di kawasan yang berumput dan memberi makan kerbaunya itu. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali asal usulnya dan bertanya apakah nama kampung yang disinggahinya itu.

 rencana 080815 sabtu apa rahsia di sebalikak jerudong 03KETUA Kampung Jerudong, Awang Haji Mohd. Rais bin Haji Ishak.

''Lalu si perempuan menjelaskan kepada lelaki tersebut kampung berkenaan belum mempunyai nama dan lelaki itu terus bercadang untuk memberikan nama. Mereka berdua bersetuju untuk memberikan nama ke atas kampung itu yang mana lelaki tersebut menyarankan agar si perempuan menyambung perkataan yang akan diucapkannya iaitu 'JA' dan si perempuan menyambungkannya dengan perkataan 'DONG','' jelasnya.

 

Maka, ujar Ketua Kampung Jerudong, nama kampung tersebut terbit dari cantuman perkataan 'JADONG' dan lelaki berkenaan juga berpesan kepada si perempuan agar menjaga nama kampung yang telah mereka ciptakan itu. Perkataan tersebut sentiasa di bibir-bibir perempuan itu sehingga kerbau miliknya itu pun diberi nama JAUDONG.

 

DESTINASI PELANCONGAN

 

The Empire Hotel&Country Club yang terletak di Kampung Jerudong adalah merupakan sebuah hotel bertaraf lima bintang yang diliputi oleh kawasan yang luas dan hijau, dikelilingi oleh persekitaran alam semula jadi yang indah mirip sebuah taman yang besar serta sebuah pantai peribadi berhadapan lautan biru.

 

Hotel ini juga adalah merupakan salah satu kebanggaan penduduk Kampung Jerudong selain daripada adanya beberapa buah hotel yang lain seperti Parkview Hotel, Star Lodge Hotel, Park Garden Hotel dan Jeruton Hotel.

 

Memandangkan banyak kemunculan hotel-hotel di kampung ini maka Kampung Jerudong juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sering dikunjungi pelancong kerana mempunyai pelbagai kemudahan seperti stesen minyak, hospital, sekolah, masjid, taman rekreasi, rumah tumpangan, taman permainan, padang golf, balai bomba, restoran, kedai runcit, pasar ikan dan sayur dan tanah perkuburan.

rencana 080815 sabtu apa rahsia di sebalikak jerudong 02MASJID Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

 Majoriti penduduk Kampung Jerudong beragama Islam dan masjid yang dibina di kampung ini diberi nama Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, beramal ibadat dan upacara pernikahan.

 

Di kampung ini juga adalah merupakan di mana terletaknya Istana Nurul Izzah, iaitu istana kedua terbesar selepas Istana Nurul Iman milik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 rencana 080815 sabtu apa rahsia di sebalikak jerudong 01JERUDONG Park Playground adalah sebuah taman permainan yang dilengkapi dengan permainan menghiburkan.

Menyentuh mengenai taman permainan yang terdapat di kawasan ini, Jerudong Park Playground adalah sebuah taman permainan yang dilengkapi dengan permainan-permainan seperti Double Decker Carousel, Junior Coaster, Ferris Wheel, Lazer Maze, di samping kawasan permainan kanak-kanak yang sememangnya memberikan keselesaan mereka untuk bermain.

rencana 080815 sabtu apa rahsia di sebalikak jerudong 04THE Empire Hotel & Country Club bertaraf lima bintang yang terletak di Kampung Jerudong.

Taman permainan itu juga mempunyai kemudahan lain seperti kiosk makanan, kedai barangan dan kemudahan lain bagi memenuhi keperluan pengunjungnya.

 

Selain itu, Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) Sendirian Berhad, iaitu sebuah hospital pakar swasta juga terletak di kampung berkenaan yang dilengkapi dengan klinik, kedai farmasi dan pusat kesihatan.

 

Satu lagi taman rekreasi yang agak terkenal yang sering dikunjungi orang ramai ialah Taman Rekreasi Bukit Shahbandar. Di taman ini terdapat trek bagi mereka yang suka mendaki bukit dan melakukan aktiviti sukan seperti berlari serta beriadah.

rencana 080815 sabtu apa rahsia di sebalikak jerudong 05TAMAN Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar sering dikunjungi orang ramai.

 Sesebuah kampung biasanya mempunyai Majlis Perundingan Kampung (MPK) yang memainkan peranannya dengan baik sebagai badan penggerak kemasyarakatan yang dilihat sebagai mampu untuk menjadi pemangkin kepada kepimpinan peringkat akar umbi.

 

Tidak kurangnya dengan MPK Jerudong dengan moto mereka 'Ke Arah Pemedulian Penduduk dan Kemajuan Kampung', yang sudah sebanyak empat kali menerima Anugerah Kampung Cemerlang, sentiasa bergerak maju dan berusaha mengembangluaskan lagi aktiviti-akiviti keugamaan, kemasyarakatan, sukan dan sosial.

 

MPK Jerudong juga menghasilkan beberapa produk di bawah Projek Perekonomian 1 Produk 1 Kampung yang memfokuskan kepada pengusaha-pengushaa kecil dan sederhana serta penduduk kampung yang berminat. Antara produkproduk yang diperkenalkan ialah kraf tangan, kuih-muih dan pertanian.

 

Visi MPK Jerudong adalah 'Menuju Ke Arah Kampung Yang Cemerlang dan Gemilang' manakala misinya adalah 'Menyediakan Kemudahan-Kemudahan Yang Sempurna Bagi Melahirkan Segolongan Penghuni Kampung Yang Prihatin, Jelekat dan Berpandangan Jauh ke Hadapan'.


Attachments