Manage PermissionsManage Permissions

Keindahan Kampung Batong berlatarbelakangkan sawah padi

02/05/2015

Oleh: Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor  / Foto : Ihsan Jabatan Penerangan


menyusur mk

knkHIDUP dalam masyarakat sememang bukan sesuatu yang mudah jika tidak ada kesefahaman dan saling hormat-menghormati dalam kalangan mereka. Namun, Kampung Batong, Mukim Pengkalan Batu merupakan salah satu dari 38 mukim yang terdapat dan terletak di Daerah Brunei dan Muara, Brunei tetap aman dan menyenangkan meskipun ia terletak di kawasan menghijau dan cantik pemandangannya berlatarbelakangkan sawah padi sama seperti kampung-kampung di bawah Mukim Pengakalan Batu.

Dengan keluasan 978.07 hektar, Kampung Batong mempunyai penduduk seribu empat ratus lima puluh tiga orang (1,453 orang) dengan jumlah bangsa Melayu dicatatkan 1,200 orang dan selebihnya bangsa Iban, Bisaya dan Cina. Daripada jumlah tersebut seramai 68 orang menerima Pencen Tua, empat orang menerima bantuan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), dua orang menerima bantuan fakir miskin, tujuh orang menerima bantuan anak-anak yatim manakala dua orang lagi menerima bantuan orang mengalami gangguan mental.

Kampung Batong dipimpin oleh seorang Ketua Kampungnya yang penuh dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawabnya, iaitu Awang Haji Saban bin Lamat sejak 3 Januari 2012. Bagi mengetahui perkembangan dan permasalahan yang dihadapi oleh para penduduk di mukim tersebut, serombongan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri telah berdudun ke kediaman Ketua Kampung berkenaan di bawah Program Sua Muka.

KEMUDAHAN ASAS

Semasa kunjungan tersebut, Ketua Kampung berkenaan menerima kemudahan-kemudahan asas yang diberikan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti bekalan air, tenaga elektrik mahupun telefon dan jalanraya.

Sebuah masjid tersergam indah juga dibina di kampung ini, iaitu dengan nama Masjid Jefri Bolkiah yang mula dibina bermula pada November 2011 dan siap sepenuhnya tahun ini di bawah projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) 2007-2012 dengan menelan belanja hampir BND2.1 juta.

Pada 26 Julai 2013, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat menunaikan Solat Fardu Jumaat Yang Pertama di masjid berkenaan.

RENCANA SABTU 02052015 keindahan kampung batong berlatarbelakangkan sawah padi

KEINDAHAN sawah padi yang terdapat di Kampung Batong.

Keseluruhan kapasiti masjid boleh menampung lebih kurang 800 orang jemaah, antara kemudahan yang tersedia ialah dewan sembahyang lelaki dan perempuan, bilik muzakarah, bilik Pegawai Hal Ehwal Masjid / Imam / Bilal, bilik tetamu khas, perpustakaan dan IT, bilik kuliah, bilik PA Sistem, stor, bilik pengurusan jenazah, dapur, tandas lelaki dan perempuan serta tempat berwuduk berasingan lelaki dan perempuan.

Bagi kemudahan para penduduk mukim untuk mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, takmir masjid berlangsung di Masjid Jefri Bolkiah dan di rumah ketua kampung berkenaan. Sementara itu bagi melaksanakan aktiviti kesukanan pula, penduduk berkenaan berkongsi padang sukan dengan kampung-kampung lain di bawah Mukim Pengkalan Batu yang terletak Sekolah Rendah Pancor Murai digunakan kepada penduduk mukim dan seluruh penduduk di Mukim Pengkalan Batu.

Mukim Serasa berpotensi untuk kemajuan

MUKIM Serasa merupakan salah satu dari 38 mukim yang terdapat dan terletak di Daerah Brunei dan Muara dan adalah sebuah mukim yang sangat berpotensi untuk kemajuan yang bertaraf antarabangsa di masa depan dan dalam kajian pelan jumlah penduduk Mukim Serasa dijangka akan bertambah lebih dua kali ganda dalam masa 14 tahun, iaitu 16,242 orang dalam tahun 2011 ke 39,300 orang pada tahun 2025.

Perkara ini pernah disentuh dalam Taklimat Peringkat Draft Terakhir Pelan Perancangan Setempat Mukim Serasa di Majlis Taklimat Plan Terakhir Mukim Serasa yang berlangsung di Pantai Serasa, Brunei dan Muara pada 7 Disember 2013, bertujuan untuk membarigakan kepada stakeholder dan orang ramai mengenai dengan cadangan-cadangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang yang telah dikenal pasti di mukim ini.

Proses penyediaan pelan setempat Mukim Serasa semasa jerayawara kepada pemegang teras penduduk setempat, iaitu penghulu, ketua-ketua kampung dan penduduk-penduduk Mukim Serasa khususnya. Pelan-pelan perancangan bagi jangka sederhana ialah Pelan Daerah yang mengandungi cadangan-cadangan kemajuan bagi pembangunan daerah-daerah bagi tempoh 10 tahun ke atas.

Mukim Serasa mengandungi Kampung Kapok, Kampung Serasa / Perpindahan Rancangan Perumahan Serasa, Kampung Sabun, Pelumpong, Masjid Lama dan Pekan Muara dengan mempunyai penduduk tiga belas ribu tiga ratus lima belas orang (13, 315 orang) terdiri dari 7,284 orang lelaki dan 6,031 orang perempuan. Jumlah umat Islam adalah hampir 10 ribu manakala bangsa Melayu dicatatkan 6,875 orang, 267 orang puak Dusun dan Bisaya, 468 orang berbangsa Cina dan 5,705 orang warga asing.

Daripada jumlah tersebut seramai 329 orang menerima Pencen Tua, 68 orang menerima bantuan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), 44 orang menerima bantuan fakir miskin, 38 orang menerima bantuan anak-anak yatim manakala tujuh orang menerima bantuan orang cacat dan kurang upaya.

Peningkatan penduduk ketika ini mencapai lebih 26 ribu dengan adanya Rancangan Perumahan Negara di Meragang yang mengandungi lebih tiga ribu buah rumah yang disediakan oleh kerajaan.

Mukim Serasa dipimpin oleh seorang penghulu yang penuh dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawabnya, iaitu Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak yang bermula pada 5 Februari 2008. Bagi mengetahui perkembangan dan permasalahan yang dihadapi oleh para penduduk di mukim tersebut, serombongan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri mengunjungi ke kediaman Penghulu berkenaan di bawah Program Sua Muka di Lot 2045, Simpang 240-86 Jalan Meragang, Kampung Kapok, Mukim Serasa.

RENCANA 01 SABTU 02052015 mukim serasa berpotensi untuk kemajuan

PENGHULU Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak ketika mengongsikan pandangan di Program Sua Muka.

Semasa perjumpaan tersebut Penghulu Mukim berkenaan mengongsikan mengenai profil mukim termasuklah terdapatnya 1,381 buah rumah persendirian, 12 buah rumah panjang dan 44 buah bangunan Kerajaan (berasingan / flat), pencapaian-pencapaian, perkembangan dan pembangunan yang terdapat di mukim berkenaan.

Mukim ini juga melahirkan tokoh-tokoh cemerlang seperti Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad bin Haji Jumat yang telah dikurniakan dengan Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam pada 9 Oktober 2014.

Yang Dimuliakan merupakan seorang tokoh negara yang banyak menabur bakti dalam perkembangan bidang pendidikan dan merupakan antara beberapa orang tokoh dan negarawan yang telah sama-sama menerajui usaha-usaha awal dalam melakar, mengembangkan dan seterusnya memajukan bidang pendidikan di negara ini. Jawatan terakhir sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 2008 sehingga bersara pada tahun 2010 dan sejak penghujung tahun 2011 hingga sekarang, tokoh ini telah dilantik sebagai Ahli Negara Brunei Darussalam bagi ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR). Di samping itu, mukim ini juga melahirkan para terpelajar dan tokoh-tokoh usahawan.

KEMUDAHAN ASAS

Semasa kunjungan tersebut, Penghulu juga menyentuh menerima kemudahan-kemudahan asas yang diberikan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti bekalan air, tenaga elektrik, telefon, pejabat pos, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Polis Marin, di samping terdapatnya masjid, sekolah, pasar, pusat kesihatan, klinik.

Bagi kemudahan para penduduk mukim untuk mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, takmir masjid berlangsung di masjid utamanya Masjid Setia Ali, Kampung Kapok, dan Perpindahan Serasa.

RENCANA 02 SABTU 02052015 mukim serasa berpotensi untuk kemajuan

PROJEK Jejambat di Persimpangan Lebuhraya Muara - Perumahan Meragang.

Kesibukan Mukim Serasa semakin rancak dengan pembangunan dengan tertubuhnya Pusat Tingkatan Enam Meragang; Pelabuhan Muara, Serasa Ferry Terminal yang membawa penumpang keluar masuk ke pelbagai destinasi seperti Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sundar, Lawas dan sebagainya, pelabuhan dan sebagainya.

Antara projek yang kini dilaksanakan, iaitu menaik taraf dan membina tambahan kemudahan-kemudahan Taman Rekreasi Pantai Serasa bulan pada tahun 2014 sebagai destinasi riadah yang mempunyai pembangunan berdaya tahan yang akan setentunya dapat memberikan peluang dan ruang bagi mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian, pemeliharaan yang efektif dan berterusan bagi memastikan alam persekitaran yang bersih, indah, selamat dan teratur.

Di samping itu beberapa pembinaan lebuhraya juga sedang rancak dijalankan bagi menampung kesibukan lalu lintas dan peningkatan penduduk di mukim berkenaan.

Attachments