Manage PermissionsManage Permissions

Kemakmuran Kampung Bolkiah 'B'

18/12/2015

‚ÄčOleh : Norliah Md. Zain

KAMPUNG Bolkiah 'B' merupakan sebuah kampung yang terletak di Kampong Ayer di bawah Mukim Sungai Kebun. Ketika ini kampung ini ditadbir oleh seorang Ketua Kampung iaitu Awang Shamsuddin bin Haji Maidin.

Menurut statistik banci penduduk 2011 yang dikeluarkan oleh JPKE, Kampung Bolkiah 'B' dihuni oleh 1,452 penduduk yang terdiri daripada 752 lelaki dan 700 wanita. Sebanyak 204 buah tempat kediaman yang terdapat di kampung ini. Istimewanya kampung ini ialah ia merupakan sebuah kampung yang dibina di bawah Skim Perumahan Kampong Ayer di bawah seliaan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sepertimana Kampung Bolkiah 'A', kewujudan Kampung Bolkiah 'B' ini juga merupakan bagi menampung keperluan penduduk yang terlibat dalam kebakaran pada tahun 1993.

Pembinaan rumah di Kampung Bolkiah 'B' merupakan fasa kedua yang mana ketika itu sebanyak 250 buah rumah dibina. Dua jenis rumah dibina di kampung ini iaitu jenis 'A' mempunyai dua bilik tidur, manakala jenis 'B' empat buah bilik tidur. Daripada jumlah tersebut cuma 26 buah rumah jenis 'A' sahaja yang dibina di Kampung Bolkiah 'B' ini.

Dengan rumah berlantai simen, bertiang konkrit, laluan pejalan kaki diperbuat daripada batu serta sistem pembuangan najis yang lebih teratur sudah tentu memberikan keselesaan dan kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang tinggal di Kampung Bolkiah 'B' ini.

Susunan rumah yang begitu teratur dan rapi juga boleh mengurangkan risiko berlakunya kebakaran, sekali gus menarik minat generasi muda untuk menetap di Kampong Ayer.

RENCANA Sabtu 191215 Kemakmuran Kg Bolkiah B

JAMBATAN yang menghubungkan penduduk Kampung Bolkiah 'A' dan 'B'.

Kampung ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi keselesaan penduduk kampung ini. Antaranya ialah penubuhan Sekolah Ugama Kampung Bolkiah yang ditubuhkan pada tahun 1999.

Penubuhan sekolah ugama tersebut adalah bagi penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar perumahan tersebut khususnya Kampung Bolkiah 'A' dan Bolkiah 'B'.

Sebelum adanya sekolah tersebut murid-murid di kawasan itu belajar di Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Haji Awang Umar Kampung Setia, Sekolah Ugama Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Kampung Saba, Sekolah Ugama Al-Muhtadee Billah Kampung Lurong Dalam dan Sekolah Ugama Pintu Malim.

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sempena Pembukaan Sekolah Ugama Kampung Bolkiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pengajian Islam ketika itu, Dato Seri Setia Awang Haji Kassim bin Haji Lamat pada 5 April 1999.

Sekolah Ugama Kampung Bolkiah menggunakan enam buah rumah, iaitu lima buah menempatkan murid yang belajar dari Darjah Pra hingga Darjah 6, manakala sebuah lagi digunakan bagi menempatkan Bilik Pentadbiran dan Bilik Guru Besar.

Kewujudan Skim Perumahan Kampong Ayer ini menunjukkan semangat orang-orang Kampong Ayer untuk terus menetap dan hidup di sana. Dengan usaha ini juga menunjukkan betapa Kampong Ayer itu sebuah warisan yang mesti dipertahankan.

Hanya mereka yang tinggal di Kampong Ayer saja yang mengerti betapa indahnya hidup di permukaan air, yang masih mengekalkan hidup berdangansanak yang kuat dan tahu menghargai warisan nenek moyang mereka.

Semoga Kampung Bolkiah 'B' terus menikmati kemakmuran aman damai dan sentiasa dalam lindungan Allah Subhanahu Wata'ala.

Attachments