Manage PermissionsManage Permissions

Mendekati Mukim Gadong B

18/07/2015

Oleh : Norliah Md. Zain / Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi


KNK 01 IMAGE 2015

 KNK 02 IMAGE 2015

 

 

 

 

 

RUANGAN Kenali Negara Kitani kali ini memfokuskan Mukim Gadong B di bawah pentadbiran Penghulu Mukim Gadong B Mejar (B) Awang Haji Bakar bin Sapar.

SEJARAH NAMA

Menurut seorang penduduk warga emas, di katakan gadong berasal dari ayat ''Tujuh Gedong di Laut dan Tujuh Gedong Di darat''. Katanya lagi, pada waktu dahulu ada beberapa orang yang sedang menggali untuk bercucuk tanam dan mendapati satu tajau yang besar bibir mulut yang bersaiz satu tapak setengah kaki orang (kurang lebih 12 inci) berisi dengan emas dan lain-lain, di kawasan Bukit Kampung Rimba. Mereka tidak meneruskan penggalian tersebut dan terkejut dengan keberadaan tajau bermulut besar itu. Maka bertemulah cerita tersebut dengan kisah Tujuh Gedong di laut dan tujuh gedong di darat, dan itulah sebabnya ia dipanggil Gadong.

RENCANA KNK 01 SABTU 18072015 MENDEKATI MUKIM GADONG B

SALAH satu kawasan perniagaan yang terdapat di Mukim Gadong B.

PROFIL

Mukim Gadong B adalah sebuah Mukim daripada 17 mukim di dalam Daerah Brunei dan Muara yang terletak di tengah dan bersempadan di antara Mukim Gadong A, Mukim Berakas A, Mukim Kianggeh, Mukim Kilanas dan Mukim Sengkurong.

Keluasan mukim ini ialah 2459.62 hektar dengan dihuni oleh 31084 orang penduduk. Sebanyak 4989 buah rumah yang terdapat di mukim ini.

RENCANA KNK 02 SABTU 18072015 MENDEKATI MUKIM GADONG B

PENGHULU Mukim Gadong B Mejar (B) Awang Haji Bakar bin Sapar.

Pentadbiran dan pengurusan Mukim Gadong dipecahkan kepada dua bahagian oleh Jabatan Daerah Brunei Muara, iaitu A dan B bermula pada 21 November 2005. Mukim-mukim ini terletak di Daerah Brunei Muara dan masing-masing mempunyai penghulu dan beberapa ketua kampung.

Bagi Mukim Gadong B, kampung-kampung yang termasuk di dalam mukim ini ialah Kampung Menglait dan kawasan sekitarnya, Kampung Kiulap, Kampung Kiarong, Kampung Beribi, Kampung Mata-Mata, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Mata-Mata, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Katok B.

Mukim ini tidak terlepas menikmati keperluan asas seperti bekalan elektrik, air, jalan raya termasuk flyover, lebuh raya, lampu isyarat, jejantas, jambatan, terowong dan telefon.

RENCANA KNK 03 SABTU 18072015 MENDEKATI MUKIM GADONG B

SUASANA waktu tengah hari di luar perkarangan Sekolah Menengah Menglait yang terletak di Mukim Gadong B.

Selain itu, bangunan-bangunan kerajaan yang terdapat di mukim ini ialah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Klinik Kiarong, Klinik Perpindahan Mata-Mata, Pusat-Pusat Pengajian Tinggi, Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Swasta, Ibu Pejabat Polis Gadong, Janakuasa Elektrik, Balai Bomba Beribi, Pejabat-Pejabat Pos.

Kawasan ini sememangnya agak pesat membangun dan menjadi tumpuan perniagaan. Bangunan pasaraya dan kedai-kedai sememangnya tumbuh bagai cendawan. Oleh itu, kawasan ini agak sibuk kerana sering menjadi tumpuan orang ramai.

Attachments