Di Bawah Perintah Pelancongan baharu, 2016 Empat bidang utama telah diperkenankan

09/11/2016

Bismillahir Rahmannir Rahim Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

PADA tahun 2015, Negara Brunei Darussalam mencatakan lebih 218,000 ketibaan pelancong melalui udara, iaitu peningkatan sebanyak 8.6% dari tahun 2014. Kami berhasrat untuk menggandakan ketibaan pelancong ke 450,000 pada tahun 2020. Ini adalah persamaan dengan purata peningkatan 15.6% setiap tahun melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Negara Brunei Darussalam.

Bagi merealisasikan matlamat ini, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan telah memulakan penambahbaikan produk pelancongannya. Pada bulan September 2016, kami telah melancarkan Pakej Percutian Temburong. Kami juga dalam proses melancarkan pakej Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer pada bulan Januari 2017 tahun depan.

Pada tahun 2017, kementerian juga merancang untuk mengembangkan pakej pelancongan baharu di Daerah Tutong dan Belait, iaitu Sungai Basong dan Pekan Tutong dan Luagan Lalak dan Bukit Teraja.

Untuk melengkapkan menaik taraf pakej pelancongan, kami bekerja rapat dengan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan terutama dalam bidang jurupandu pelancong.

Dengan ini, kementerian telah memulakan latihan jurupandu pelancong dalam memastikan kualiti Jurupandu pelancong yang lebih baik dan memuaskan. Kementerian telah melantik Laksamana College of Business (LCB) untuk menjalankan kursus latihan untuk jurupandu pelancong bagi pihak kami. Dari latihan ini, jurupandu pelancong akan dapat meningkatkan kemahiran jurupandu pelancong mereka dan memberikan maklumat yang betul dan boleh dipercayai mengenai tempat-tempat menarik. Setelah tamat latihan ini, mereka juga layak untuk memohon Lesen Jurupandu Pelancong di bawah undang-undang baharu.

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bertekad untuk memajukan secara berterusan ke arah pembangunan ekosistem pelancongan, termasuk penambahbaikan dalam penyambungan, perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan, penginapan, makanan dan minuman, serta rangka kerja undang-undang dan peraturan. Ini bukan sahaja akan meningkatkan ketibaan pelancong dan memanjangkan tempoh menetap di Negara Brunei Darussalam, tetapi juga memastikan keselamatan dan standard industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam.
Dalam kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan mengenai Perintah Pelancongan, 2016 yang baharu bertarikh 26 Oktober 2016. Perintah Pelancongan, 2016 meliputi empat bidang utama, iaitu Lembaga Pelancongan Brunei, Lesen untuk Ejen-ejen Penerbangan, Pendaftaran bagi Premis-Premis Penginapan Pelancong dan Lesen bagi Jurupandu Pelancong.

Melalui Lembaga Pelancongan Brunei, KSSUP akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan pelancongan utama seperti ejen pelancongan, syarikat penerbangan, persatuan hotel, pertubuhan makanan dan minuman, agensi-agensi kerajaan, dan orang ramai secara umum. Ini juga berfungsi sebagai platform bagi dialog dalam menubuhkan perintah dasar untuk industri pelancongan.

Ia adalah menjadi harapan kami dengan pengenalan Perintah Pelancongan, 2016 baharu akan menggalakkan tadbir urus yang lebih baik dalam industri pelancongan. Ia juga akan berfungsi sebagai rangka kerja baharu dalam mengukuhkan industri serta memudahkan merealisasikan matlamat kita.

Hari ini, saya diberi penghormatan dan berkesempatan untuk menyampaikan sijil kepada jurupandu pelancong yang berjaya menghadiri Kursus Jangka Pendek Jurupandu Pelancong dari pelbagai agensi pelancongan. Kami berharap menjelang hujung bulan ini bagi sesi pertama Kursus Latihan Asas Jurupandu Pelancong tamat dengan jayanya. Individu yang berminat untuk menghadiri Kursus Asas Jurupandu Pelancong adalah dialu-alukan untuk menghadiri, dan pendaftaran kini dibuka di LCB untuk sesi kedua dan ketiga.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jurupandu Pelancong yang berjaya pada hari ini dan saya berharap awda akan menyampaikan dan memberikan contoh kualiti serta perkhidmatan baik yang boleh menggambarkan imej positif, nilai, budaya dan khazanah tersembunyi di Negara Brunei Darussalam.

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada LCB atas kerjasama dan sokongan berterusan mereka dalam menganjurkan dan mempermudahkan Latihan.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Attachments