Manage PermissionsManage Permissions

DPMM berangkat ke Kuala Lumpur, Malaysia



Oleh : Aimi Sani / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah


RIMBA, Ahad, 23 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan berangkat ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V.

Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Berangkat dan hadir bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-menteri Kabinet; Ahli Majlis Mesyuarat Diraja; Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam; dan Setiausaha-Setiausaha Tetap.

Close