Manage PermissionsManage Permissions

Keberangkatan tiba DPMM di Kuala Lumpur bagi menghadiri Istiadat Pertabalan



Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri


KUALA LUMPUR, Ahad, 23 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berangkat tiba di Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V (Ke-5).

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Pangkalan Tentera Udara Subang (TUDM) dijunjung oleh Ketua Istiadat / Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Dato Kamis Samin dan Ketua Protokol Malaysia, Yang Berbahagia Dato Kamilan Maksom.

Turut sama menjunjung keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha.

Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tempat persemayaman di sepanjang keberangkatan.

Close