Rondaan pencegahan jenayah di Mukim Amo dan Mukim Labu



Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei


TEMBURONG, Khamis, 20 April. - Unit Pengawasan Kejiranan (PK) Balai Polis Bangar, Daerah Polis Temburong, telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah di kawasan berasingan di Mukim Amo dan Mukim Labu semalam.

Selain unit itu, kerjasama daripada seramai 12 ahli yang diketuai oleh Ketua Kampung Selangan, selaku Pengerusi PK, Awang Dulamit Bin Hj Burot, juga turut menjalankan rondaan pencegahan jenayah dengan PK Kampung Selangan / Parit / Sibulu bermula sekitar jam 8.00 malam.

Turut hadir Penghulu Mukim Amo, Awang Haji Bahrun bin Haji Talip yang juga selaku Penasihat PK.

Rondaan bersama ini mewujudkan kesepaduan anak-anak buah kampung masing-masing dalam sama-sama menjaga keselamatan kawasan kejiranan di kedua-dua buah mukim daripada sebarang perlakuan jenayah dan untuk menjamin suasana yang aman demi kesejahteraan.

Rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan digiatkan di kawasan Kampung-Kampung Pengawasan Kejiranan di kedua buah mukim. Tiada kegiatan yang mencurigakan didapati disepanjang rondaan dijalankan. Operasi dijalankan sehingga larut malam.

Close