Manage PermissionsManage Permissions

Berangkat ke Majlis Santapan Pertabalan Sultan Perak



Oleh: Ak. Jefferi Pg. Durahman / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Ali dari Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berangkat menghadiri Majlis Santapan Pertabalan Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Ke-35, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.


KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN, Sabtu, 9 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Pertabalan Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Ke-35, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Juga berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah paduka-paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Istana Iskandariah dijunjung oleh Orang-Orang Besar Perak, Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed Hassan dan Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Dato' Seri Wan Mohd. Fathir @ Wan Fadzir bin Wan Hussain.

AMIRUL SANTAP PERAK 1 090515KEBAWAH DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dialu-alukan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,
Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak serta anakanda-anakanda Sultan Perak.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dialu-alukan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak dan seterusnya berkenan menandatangani Buku Lembaran Kenangan.

Di Bilik Kuning, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dialu-alukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak dan DYMM Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak.

AMIRUL SANTAP PERAK 4 090515KEBAWAH DYMM semasa dialu-alukan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak.
AMIRUL SANTAP PERAK 5 090515KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dialu-alukan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak.

Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung berangkat bersama DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Tuanku Zara Salim, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak, Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda ke Bilik Kuning bagi menyertai Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu; Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri; Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri-Negeri dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan-Toh Puan; Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan isteri; Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan isteri serta para jemputan diraja yang lain.

AMIRUL SANTAP PERAK 2 090515KEBAWAH DYMM semasa berkenan menandatangani Buku Lembaran Kenangan.

AMIRUL SANTAP PERAK 3 090515KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri semasa berkenan menandatangani Buku Lembaran Kenangan.

Sejurus itu, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat beredar bersama-sama DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak serta jemputan diraja yang lain bagi sesi bergambar ramai dan seterusnya berkenan berangkat beredar bersama-sama DYMM Sultan Perak dan DYMM Permaisuri Perak serta jemputan diraja bagi Majlis Santapan Diraja.

Majlis Santapan Diraja dimulakan dengan Lagu Kebangsaan Malaysia.

Bagi memberkati Majlis Santapan Diraja bacaan doa selamat dibaca oleh Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti.

Majlis Santapan Diraja tersebut adalah susulan daripada beberapa Majlis Istiadat sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Ke-35 yang berlangsung sejak 6 Mei yang lalu.

Selesai Majlis Santapan Diraja, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan berangkat meninggalkan majlis.

AMIRUL SANTAP PERAK 8 090515KEBAWAH DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat beredar bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak
dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak serta jemputan Diraja yang lain bagi sesi bergambar ramai.

Mengiringi keberangkatan Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ke Majlis Santapan Diraja tersebut ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35 adalah sebagai menggantikan ayahandanya, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat kira-kira setahun lepas.

Pertabalan baginda menerima reaksi positif rakyat Perak khususnya, yang sememangnya mengenali Sultan Nazrin sebagai raja yang berkaliber dan berhemah tinggi.

Baginda juga memiliki Ph.D dari Universiti Harvard, tetapi baginda disifatkan sebagai cendekiawan yang sering memberikan buah fikiran dan pendapat bernas dalam pembangunan negeri dan negara.

Prihatin dan rendah diri baginda bukan lagi satu wajah asing dalam kalangan rakyat jelata apabila sering muncul di kampung-kampung, malah baginda juga sering melawat perkampungan Orang Asli. Baginda juga tidak segan silu untuk turun padang membantu apabila ada bencana melanda rakyat. Sifat keprihatinan baginda itu juga membuatkan baginda disanjung rakyat jelata.

Baginda juga antara raja yang sering mendapat perhatian, namun baginda tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum. Perkahwinannya dengan Tuanku Zara Salim pada tahun 2007, dilangsungkan serba sederhana. Bahkan baginda juga mahukan upacara pertabalan baginda tidak diraikan secara berlebih-lebihan.

Baginda bertemu jodoh dengan Zara binti Salim Davidson pada 17 Mei 2007 selepas berkenalan selama lapan tahun. Baginda berusia 51 tahun manakala Zara Salim berusia 34 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Iskandariah Bukit Chandana Kuala Kangsar. Zara Salim telah diisytiharkan sebagai DYTM Raja Puan Besar Perak oleh Sultan Perak dan dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan (DKSA). Perkahwinan baginda berdua setakat ini dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera pertama baginda yang dilahirkan pada 2008 diberi nama Yang Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah ibni Raja Dr. Nazrin Shah manakala puteri baginda yang dilahirkan pada 2011 diberi nama Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah binti Raja Dr. Nazrin Shah.

Raja Nazrin pernah berkhidmat dengan PETRONAS di bahagian pengurusan korporat bermula tahun 1979 hingga 1982. Baginda diberi gelaran Raja Kecil Besar Perak oleh ayahanda baginda pada 16 Februari 1984.

Setelah kemangkatan Raja Muda Perak, Raja Ahmad Saifuddin Sultan Iskandar, maka Raja Dr. Nazrin telah dinaikkan ke jawatan Raja Muda Perak pada tahun 1987. Baginda pertama kali menjadi Pemangku Raja Perak adalah pada tahun 1989 apabila ayahanda baginda menaiki takhta persekutuan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-9. Kini, baginda sekali lagi bergelar Pemangku Raja apabila ayahanda baginda gering.

Raja Dr. Nazrin merupakan seorang yang dihormati dalam pelbagai bidang. Baginda merupakan Pro Cancelor Universiti Malaya bermula tahun 1989. Keprihatinan baginda terhadap bidang pelajaran amat terserlah. Baginda juga merupakan Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005.

Baginda juga merupakan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan sering berangkat ke majlis keagamaan di dalam negeri. Baginda juga menjawat jawatan sebagai Lembaga Gabenor Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semenjak tahun 2005.

Raja Dr. Nazrin dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat Pengurusan Bisnes dari Cranfield Institute of Technology, United Kingdom pada tahun 1993. Pada tahun 1999 pula, baginda dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi daripada Universiti Soka, Jepun.

Close