Manage PermissionsManage Permissions

Tinjau perkembangan Mukim Sengkurong



Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto: Mohd. Mahdi Haji Marsidi


MUKIM SENGKURONG, Selasa, 12 Mei. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan  meneruskan Program Sua Muka atau Personal Contact dengan berkunjung ke kediaman Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti, yang  juga memangku Ketua Kampung Sengkurong ‘B’.

Ketika ditemui, Awang Haji Musa menyatakan Kampung Sengkurong 'B' mempunyai dua kampung lain termasuk Kampung Tagap dan Selayun yang di bawah pentadbirannya dengan jumlah penduduk  seramai 7,650 orang mengikut statistik banci penduduk pada tahun 2011.

Secara purata kasar, dua per tiga dari jumlah penduduk berkenaan berkhidmat dengan sektor kerajaan dan swasta manakala selebihnya bekerja sendiri.

Keluasan  kampung-kampung  di bawah tadahannya  secara keseluruhannya adalah seluas  4,664 hektar.

MAHDI SUAMUKA 7 120515PEGAWAI  Penerangan, Ali Termizzi bin Haji Ramlli / Ramli, selaku Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan
bersama rombongan meneruskan Porgram Sua Muka  dengan berkunjung ke kediaman Penghulu Mukim Sengkurong, Awang
Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti,
yang  juga memangku Ketua Kampung Sengkurong ‘B’.

Program tersebut merupakan salah satu aktiviti berterusan jabatan berkenaan  dalam usaha untuk terus menjalinkan kolaborasi dan kerjasama yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan.

Rombongan  diketuai oleh Pegawai Penerangan, Ali Termizzi bin Haji Ramlli / Ramli, selaku Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan serta para pegawai dan kakitangan yang lain di Jabatan Penerangan.

Program Sua Muka ini dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak Kerajaan - rakyat, rakyat – kerajaan. Ini akan dapat membina minda kesedaran sivik masyarakat yang menjurus ke arah cintakan ugama, bangsa, Raja dan Negara selaras dengan aspirasi Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam.

MAHDI SUAMUKA 14 120515ROMBONGAN bergambar ramai bersama Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti,  yang juga memangku
Ketua Kampung Sengkurong ‘B’ serta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

Sehubungan itu, dalam menyahut fungsi Jabatan Penerangan selaku lidah, mata dan telinga kerajaan, menerusi program ini jua, maklumat-maklumat seperti isu-isu semasa dan dasar kerajaan dikongsikan bersama, di samping menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Program ini sangat bermanfaat dan diambil perhatian oleh pihak pemimpin akar umbi terutama sekali penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung dalam menjalankan tugas mereka dan  dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan adanya pemedulian oleh pihak kerajaan seperti Jabatan Penerangan ini.

Institusi mukim dan kampung juga mendapat manfaat bersama dengan interaksi yang kukuh antara dua institusi ini untuk bergiat aktif dan kukuh serta menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama dalam memeduli kepentingan masyarakat di negara ini.

Close