Manage PermissionsManage Permissions

Keberangkatan Negara Kebawah DYMM ke Kuwait



Oleh: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Khartini Hamir / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Ali, Mohd. Sahrizal Haji Said


KEBAWAH  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  berangkat ke Kuwait bagi Keberangkatan Negara.


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Kuwait bagi Keberangkatan Negara selama dua hari mulai 18 hingga 19 Mei 2015.

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned.

Berangkat sama di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; serta kerabat diraja yang lain.

180515 KEBERANGKATAN AMIRUL7

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah dari Menteri-menteri Kabinet
sejurus sebelum berangkat meninggalkan negara ini.

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Menteri-Menteri Kabinet; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Diraja; Timbalan-Timbalan Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan wakil dari Kedutaan Besar Kuwait di Negara Brunei Darussalam.

Close