Manage PermissionsManage Permissions

Bincang hala tuju Pengawasan Kejiranan



Siaran Akbar dan foto : Polis Diraja Brunei


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Mac. - Daerah Polis Brunei Muara telah mengadakan beberapa aktiviti bersama ahli Pengawasan Kejiranan di bawah jagaannya dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan di tempat kawasan jagaannya serta kebajikan ahli Pengawasan Kejiranan.

Sehubungan itu, perjumpaan fasa pertama tahun 2017 bersama Penghulu dan Ketua-ketua Kampung bagi Mukim Sengkurong telah diadakan di Balai Polis Sengkurong.

Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Sengkurong, Inspektor Awang Haji Khairul Hazmi bin Haji Abd. Halim.

Turut hadir, Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir serta Ketua Kampung-Ketua Kampung di bawah Mukim Sengkurong iaitu Ketua Kampung Sengkurong A, Awang Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman; Ketua Kampung Mulaut, Awang Haji Mohammad Jait bin Hitam; Ketua Kampung Kulapis, Awang Haji Timor @ Maamor bin Limbang; Ketua Kampung Lugu, Awang Salim bin Adi; Ketua Kampung Tanjung Nangka, Awang Lamat bin Nawang; dan Ketua Kampung Jerudong, Awang Haji Mohammad Rais bin Haji Ishak.

Perjumpaan tersebut antara lain membincangkan hala tuju Pengawasan Kejiranan di mukim berkenaan dan juga pencapaian yang dikongsikan pada tahun 2016.

Close