Manage PermissionsManage Permissions

Generasi Bekarih lahirkan pemimpin berkualiti



Siaran Akhbar dan Foto : Generasi Bekarih





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Februari. - Sebuah kumpulan yang terdiri daripada para belia bekas peserta Kem Asas Pemimpin 1.0 atau Leaders Foundation Camp 1.0 (LFC) yang dikendalikan oleh Generasi Bekarih, iaitu Belia Khalifah telah  ditugaskan untuk menjalankan sebuah program.


Pasukan tersebut telah memilih untuk mengadakan Kempen Kebersihan di Masjid Kampung Kapok dengan bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni kepada masyarakat terutama kepada belia akan pentingnya menjaga kebersihan sesebuah tempat, lebih-lebih lagi masjid. Kempen telah dilaksanakan pada 28 Januari yang lalu dengan sokongan daripada pihak ahli-ahli Belia Masjid tersebut.


Dengan sambutan yang menggalakkan daripada para belia dan pihak sekolah-sekolah serta institut pengajian tinggi, Generasi Bekarih akan mengadakan Kem Asas Pemimpin 2.0 pada 16 hingga 18 Februari ini di Pusat Pembangunan Belia, Tanah Jambu dan Kem Asas Pemimpin 3.0 seterusnya akan diadakan pada 16 hingga 18 Mac depan.


Kem tersebut bertujuan untuk membangkitkan para belia masa kini agar menanamkan sikap-sikap murni bagi memimpin belia yang lain, mengerjakan kerja amal serta sukarelawan ataupun mempunyai bisnes tersendiri.


Pendaftaran bagi Kem Asas Pemimpin  3.0 kini dibukakan kepada para belia yang berumur 17 hingga 26 tahun. Para belia juga akan belajar untuk mengubah hidup menerusi Asas Menjadi Seorang Pemimpin dan akan mengubah pemikiran mereka untuk lebih berfikir secara matang agar dapat membimbing orang lain sebagai seorang 'Leader' yang berkualiti.


Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah mendaftar di laman sesawang 'www.GenerasiBekarih.com' atau ikuti Instagram mereka di Generasi Bekarih.



Close