Manage PermissionsManage Permissions

Tingkatkan kepentingan latihan pemanasan badan



Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Februari. - Bagi meningkatkan pengetahuan para guru dan jurulatih sukan akan kepentingan latihan pemanasan, seramai 84 guru dan jurulatih sukan menyertai Program Seminar Kepentingan Latihan Pemanasan Badan Dinamik dan Plyometrik bagi guru-guru sekolah rendah, menengah dan maktab serta pendidikan swasta bagi Daerah Brunei dan Muara.


Program  dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Perkembangan dan Latihan Sukan itu diadakan di Dewan Kuliah, Sekolah Sukan, Kampung Pulaie.


Hadir pada program tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Dayang Hajah Norhani binti Pengiran Haji Ismail selaku tetamu kehormat.


Manakala seminar program disampaikan oleh Head Coach, Strength and Conditioning, Pusat Optima, Kementerian Pertahanan, I.M Ranasinghee.


Latihan Pemanasan Dinamik adalah merupakan satu siri latihan pergerakan dari perlahan kepada 'intensity' yang sederhana.


Antara kebaikan latihan  ini adalah untuk mempercepatkan sistem pengaliran darah ke otot dan tisu-tisu badan yang terlibat dan meningkatkan suhu badan bagi membolehkan otot-otot bekerja dengan mudah.


Sementara itu, latihan Plyometrik merupakan kemahiran spesifik yang menguatkan otot-otot 'hamstring' dan 'quad muscles' bagi mengelakkan kedengaran bunyi (poping sound) dari ligamen lutut atau buku lali.


Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan latihan-latihan 'sport specific skill' yang sangat berguna bagi meningkatkan kecergasan para atlet.


Melalui program berkenaan, para guru dan jurulatih diharap akan dapat menggunakan pengetahuan yang sudah digunakan oleh jurulatih-jurulatih sukan di seluruh dunia terutama sewaktu mata pelajaran pendidikan jasmani dan sesi latihan di sekolah masing-masing.


Close