Manage PermissionsManage Permissions

PPNBD adakan bacaan Surah Yaa Siin, Doa Kesyukuran



Siaran Akhbar dan Foto : Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

 



 

BERIBI, Ahad, 31 Disember. - Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) akan menyambut Ulang Tahun Ke-85 Pergerakan Pengakap di Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 2018.

 

Sehubungan itu, Majlis Membaca Surah Yaa Siin sebanyak 85 Kali, Tahlil dan Doa Kesyukuran diadakan bertempat di Balai Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Perhubungan, yang juga selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.

 

Turut hadir ialah Naib-naib Yang Dipertua PPNBD, Timbalan Presiden PPNBD, Pengiran Abd. Wahab bin Pengiran Haji Hassan dan Awang Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba; Bendahari Agung PPNBD Pengiran Alit bin Pengiran Haji Damit; Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Ismail bin Pehin Orang Kaya Ratna Setia Dato Setia Haji Awang Abdul Hapidz; Pesuruhjaya Antarabangsa, Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip; Setiausaha Agung PPNBD,Haji Zainuddin bin Haji Jaafar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap, Penolong-penolong Pesuruhjaya ,Pemimpin-pemimpin Pengakap dan Ahli-ahli Pengakap.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan seterusnya diikuti dengan membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran.

 

Antara tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menyemarakkan serta memeriahkan Sambutan 85 Tahun Pergerakan Pengakap di Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, Majlis Tahlil yang diadakan adalah bagi pemimpin-pemimpin juga Ahli-ahli Pengakap yang telah kembali ke rahmatullah. Selain sebagai bentuk kesyukuran kerana pergerakan ini telah mencapai usia 85 tahun.

 

PPNBD merupakan salah satu persatuan belia yang tertua di negara ini. Pergerakan Pengakap di Negara Brunei Darussalam mula ditubuhkan pada Januari 1933 di Sekolah Pekan Melayu Brunei oleh Allahyarham Dato Paduka Haji Marsal bin Maun.

 

Semenjak dari itu, pergerakan ini tersebar di ke empat-empat daerah, pelbagai perkembangan dan perubahan dialami oleh PPNBD sehinggalah menjadi ahli penuh ke-117 Pergerakan Pengakap Sedunia (World Organization of Scout Movement - Wosm) pada 1 Julai 1981.



Close