Manage PermissionsManage Permissions

Penutupan siaran televisyen analog 31 Disember ini



Siaran Akhbar dan Infografik : Radio Televisyen Brunei





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Disember. - Radio Televisyen Brunei (RTB) memaklumkan bahawa siaran televisyen analog yang dipancarkan dari Stesen Pemancaran Bukit Subok, Daerah Brunei dan  Muara secara rasminya ditutup mulai Ahad, 31 Disember 2017.  


Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk beralih kepada siaran televisyen digital RTB bagi mengikuti siaran rancangan RTB.


Siaran televisyen analog merupakan satu sistem penyiaran yang sudah tidak lagi diguna pakai oleh stesen-stesen penyiar antarabangsa selaras dengan perkembangan teknologi penyiaran pada masa ini.


Siaran digital televisyen RTB dapat diterima dengan menggunakan peralatan penerimaan digital yang sesuai, iaitu sama ada melalui alat Set-Top-Box (STB) atau set televisyen digital yang mempunyai integrated Digital Television Tuner (iDTV) dengan sistem DVB-T2.


Selain itu, peralatan penerimaan aerial juga penting untuk memastikan penerimaan siaran televisyen digital dapat diterima dengan jelas.


Memandangkan terdapatnya sebahagian kawasan di negara ini yang berbukit-bukau, orang ramai adalah disarankan untuk memasang 'outdoor aerial' jenis Ultra High Frequency (UHF) dengan menghalakannya ke stesen pemancaran Bukit Subok jika berada di kawasan Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong dan ke stesen pemancaran Andulau bagi Daerah Belait dan sebahagian Daerah Tutong.


Bagi kawasan yang jauh dari stesen-stesen tersebut, penonton adalah disarankan untuk memasang alat 'booster' bagi mendapatkan siaran yang optima.


Terma-terma teknikal ini boleh dirujuk kepada para pembekal atau penjual peralatan bagi memastikan orang ramai mendapatkan jenis set televisyen dan alat STB yang betul.


Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi terus ke Network Control Centre, RTB menerusi talian 2384666 sambungan 3137 semasa waktu bekerja.



 RTB memaklumkan bahawa siaran televisyen analog yang dipancarkan dari Stesen Pemancaran Bukit Subok, Daerah Brunei dan  Muara secara rasminya ditutup mulai Ahad, 31 Disember 2017.  

Close