Manage PermissionsManage Permissions

Pelantikan, Pertukaran Pegawai Kanan Kerajaan



Siaran Akhbar : Pejabat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 November. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan Pengarah Eksekutif, Pengarah Perubatan dan Ahli Lembaga Pengarah Jerudong Park Medical Centre, Jerudong,   Dato Paduka Dr. Haji Md Isham bin Jaafar menjadi Menteri Kesihatan, iaitu bagi menggantikan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

 

Pada menjunjung titah perintah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan seterusnya, baginda juga telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan dan pertukaran beberapa orang pegawai kanan seperti berikut :-

 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Awang Haji Abdul Manap bin Othman dilantik menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan bagi menggantikan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin yang ditukar ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle ditukar ke Kementerian Pendidikan sebagai Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan,  Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Maslina binti Haji Mohsin ditukar ke Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan.

 

Pelantikan Menteri Kesihatan dan pelantikan serta pertukaran pegawai-pegawai berkenaan berkuatkuasa mulai hari, Jumaat, 1 Disember 2017.



Close