Manage PermissionsManage Permissions

Kementerian Perhubungan bertahlil di Kubah Makam Diraja



Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Jun. - Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah khusus bagi ayahanda dan  bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, berlangsung di Kubah Makam Diraja, di sini.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi; pengarah-pengarah bahagian, ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil beramai-ramai, diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Awang Shari bin Haji Awang Murat.

Majlis tersebut merupakan acara keugamaan tahunan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, di samping meraih ganjaran pahala berlipat ganda  dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Close