Manage PermissionsManage Permissions

Bekas penuntut SMJA sumbangkan derma Tabung Anak Yatim



Siaran Akhbar dan Foto : Ihsan Sheikh Abdullah Yahya


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. - Bersempena mengambil keberkatan pada bulan Ramadan yang Mubarak, Ahli Jawatankuasa Bekas Penuntut-Penuntut Sekolah Menengah Inggeris Pengambilan Pertama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) Aliran Inggeris 1975 – 1978 telah menganjurkan Majlis Iftar, Tahlil dan Doa Arwah serta menyampaikan Sumbangan Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong yang diadakan di rumah kediaman Setiausaha Ahli Jawatankuasa, Awang Haji Sheikh Abdullah bin Haji Sheikh Yahya di Taman Datu Haji Awang Besar, Kampung Subok Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat dan Penasihat Ahli Jawatankuasa majlis tersebut ialah Awang Md Serudin bin Haji Tuah. Turut hadir, Penghulu Mukim Labu, Daerah Temburong, Awang Haji Abdurahman bin Haji Nasir yang mana kedua mereka merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Guru Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Ustaz Haji SaifulBahri bin Haji Ahmad diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa, Awang Md Serudin bin Haji Tuah.

Majlis selanjutnya diselajurkan dengan sumbangan derma yang disampaikan oleh Pengerusi, Awang Md Serudin bin Haji Tuah kepada Penghulu Mukim Labu, Daerah Temburong, Awang Haji Abdurahman bin Haji Nasir, yang kemudiannya akan menyerahkan kepada Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong.

Close