Manage PermissionsManage Permissions

Dua pegawai kanan ditetapkan jawatan



Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan di Jabatan Bandaran BSB, Awang Haji Ali bin Matyassin ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya sebagai Pengerusi Lembaga Bandaran BSB di Jabatan Bandaran BSB, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abd. Karim, dinaikkan pangkat dan ditetapkan sebagai Pegawai Daerah Brunei dan Muara di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tarikh pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2017.

Close