Manage PermissionsManage Permissions

Keperluan disediakan oleh majikan



‚ÄčOleh :  Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas







BERAKAS, Selasa, 19 Oktober. - Sebahagian besar pekerja-pekerja asing yang disahkan positif sedang menjalani kuarantin mereka di rumah atau 'dormitory' yang disediakan oleh majikan setelah penilaian dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan mengenai kesesuaian tempat berkenaan.



Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar, segala keperluan makanan dan minuman bagi pekerja-pekerja asing ini adalah disediakan oleh pihak majikan.



"Walau bagaimanapun, jika keadaan kes-kes tersebut menjadi semakin teruk, mereka perlu menghubungi pusat kesihatan ataupun talian khas yang perlu dihubungi dan dari sana mereka akan dinilai jika mereka masih sesuai ditempatkan di sana atau perlu dipindahkan ke Pusat Pengasingan," demikian dijelaskan oleh Yang Berhormat semasa sesi soal jawab bersama pihak media pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.


Close