Manage PermissionsManage Permissions

51.8 peratus penduduk lengkapkan vaksinasi



‚ÄčOleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas





  • Enam buah mukim yang mempunyai kes positif melebihi 80 kes positif.



  • 5,022 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kelmarin 18 Oktober 2021. Ini bermakna, di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, sebanyak 344,342 orang telah menerima satu dos vaksin COVID-19 iaitu 75.9 peratus daripada jumlah penduduk negara. Manakala 234,921 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 51.8 peratus daripada jumlah penduduk negara.









BERAKAS, Selasa, 19 Oktober. - Di antara 10 sehingga 16 Oktober 2021, terdapat enam buah mukim yang mempunyai kes positif melebihi 80 kes positif.




Mukim-mukim tersebut adalah Mukim Sengkurong (321 kes), Mukim Berakas 'A' (224 kes), Mukim Mentiri (169 kes), Mukim Berakas 'B' (122 kes), Mukim Kuala Belait (175 kes) dan Mukim Liang (106 kes).



Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara tersebut semasa mengongsikan hasil penelitian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mengenai keberadaan kes-kes positif yang dikesan di negara ini, pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.



Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan, sebanyak 5,022 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kelmarin 18 Oktober 2021.



"Ini bermakna, di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, sebanyak 344,342 orang telah menerima satu dos vaksin COVID-19 iaitu 75.9 peratus daripada jumlah penduduk negara. Manakala, 234,921 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 51.8 peratus daripada jumlah penduduk negara," ujar Yang Berhormat.



Sementara itu tambah Yang Berhormat, hasil daripada pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang dilakukan semalam semasa larangan keluar rumah daripada jam 8.00 malam hingga 4.00 pagi tadi, sebanyak enam pelanggaran arahan tersebut di seluruh negara telah dikeluarkan denda kompaun di mana tiga daripadanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah.


Close